Wednesday, December 2, 2009

senjata usahawan internet..

Hai salam sejahtera...Semoga tahun
baru ini memberikan satu perubahan yang lebih
baik daripada tahun lepas. :)

Seperti dalam tajuk di atas, seseorang usahawan
internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang
tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia
yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih
berganti ini.

Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah
alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa
'pertarungan' berlangsung, tetapi sedarkah kita
bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan
serta material ini ?

Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia
bukan menduduki ranking pertama senjata yang
diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.

Terdapat senjata lain yang lebih penting serta
lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah
senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam
diri kita...


Senjata #1 : FOKUS

Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu
ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin
menjana pendapatan di internet ini.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang
tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana
usahawan di dunia ini.

Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan
alam universitinya di Harvard semata-mata ingin
FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft.
Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya di
dunia.

Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar
kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini
juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan
online mahupun offline selama-lamanya.


Senjata #2 : MATLAMAT

Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan
jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.

Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang
kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta
mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.

Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk
menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000
tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama
ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.

Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik
sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak
tercapai langsung. Boleh dapat point saya ? :)


Senjata #3 : SEMANGAT

Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi
pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma
belum berjaya.

Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu
secara positif, kita akan sentiasa memperoleh
semangat baru.

Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa
beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya,
mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan
seperti ini.

Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara
untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari
cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol. :)


Senjata #4 : MINAT

Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang
hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan
antara komponen yang sangat penting kepada
usahawan internet.

Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada
hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B.
Selepas lubuk B kering kontang, kita 'menyelam'
pula ke dalam lubuk duit C.

Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam
satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini
akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat
inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang
diperolehi menerusi minat adalah hasil yang
kekal dan tetap.

Sebagai contoh, jika kita minat melukis,
pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop.
Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita
ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita
menjalankan servis design yang mendatangkan
pulangan RM1k sehari.

Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam
diri setiap usahawan internet. Jika ada minat,
sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri
kembali.


Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu
kita meniti tahun baru 2010 ini...

No comments:

Post a Comment