Wednesday, December 2, 2009

"JANGAN IKUT CAM TU. TAK DE ADAB!"

Bismillahirahmanirrahim.

‘Sesungguhnya segala puji-pujian bagi Allah SWT tuhan sekian alam.Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, Nabi dan Rasul, serta ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya’

Diceritakan pada satu malam saya dan beberapa orang kawan saya makan di sebuah kedai makan. Kebetulan berhadapan dengan kami tadi terdapat beberapa budak-budak Tabligh sedang makan.Mereka makan cara sunnah.Tak lama kemudian datanglah sebuah keluarga Melayu dan duduk di meja bersebelahan budak-budak Tabligh. Mereka memerhatikan gelagat budak-budak Tabligh tersebut. Kemudian maknya ‘speaking london’ kat anak-anak dia, saya translate le…”Jangan ikut macam tu. Takde adab!” Apa yang dimaksudkan takde adab oleh wanita tersebut ialah budak Tabligh tersebut menjilat jari, mengutip sisa makanan yang jatuh di tepi pinggan (atas meja), menghabiskan makanan kawan lain yang tak habis, melicinkan pinggan sehingga tiada sisa kecuali tulang. Saya dan kawan-kawan terkejut melihat orang Melayu yang berbudayakan barat mengatakan sunnah itu tak ada adab. Alhamdulillah…anak dia baca Bismillah masa nak makan. Teringatkan hal ini maka saya pun nak kongsi sedikit sunnah Rasulullah s.a.w.

Rambut.
Dari Ibnu Malik r.a,
“Panjang rambut Rasulullah saw sampai di telinga beliau”

Dari Aisyah r.a,
‘saya pernah mandi bersama Rasulullah saw. Dari satu wadah (air).Beliau memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai bahagian daun telinga”.

Dari Anas r.a,
“Panjang rambut rasulullah saw. sampai di setengah telinga beliau”

Dari Anas Bin Malik r.a,
“Rasulullah saw. suka memperbanyakan minyak rambut,merapikan janggut,serta mengenakan penutup kepala hingga pakaian beliau menyerupai pakaian penjual minyak”.

Dari Abdullah Ibnu Mughaffal r.a,
“Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan,kecuali hanya sesekali”.

Uban.
Dari Anas Bin Malik r.a,
“saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah saw.”.

Dari Ibnu Umar r.a,
“Uban Rasulullah saw.,lebih kurang dari 20 helai”.

Dari Abu Ramtsah at-taimi r.a,
“”saya mendatangi Nabi bersama anak saya, kemudian saya menunjukan Rasulullah kepada anak saya dan berkata “ inilah Nabi Allah swt.”.Baginda mengenakan dua helai pakaian berwarna hijau .Baginda memiliki rambut yang telah beruban.Uban beliau berwarna merah”.

Dari Ibnu Abbas r.a,
“Abu bakar berkata kepada Rasulullah saw. ‘wahai Rasul ku,anda telah beruban” Baginda bersabda “yang membuatku beruban adalah surah Hud ,Al-Waqi’ah,Al-Mursalat,An-Naba’ dan At-Takwir”

Menginai Rambut.
Dari Abu Hurairah r.a,
Pernah ditanya “Apakah Rasulullah saw. mewarnai/Inai rambutnya? Abu Hurairah mengiyakan.”

Dari Jahzamah al-Khashashiyah r.a,
“saya melihat Rasulullah keluar rumah dan mengeringkan rambut beliau dengan tuala.Saat itu,beliau baru saja mandi.Saya melihat perwarna dari daun inai di rambut beliau”.

Dari Anas Bin Malik r.a,
‘saya melihat rambut Rasulullah saw. di inai”.

Hampir kesemua periwayat hadis mengatakan Rasulullah hanya mewarnai/Inai rambut hanya sekali sahaja.
Bercelak.
Dari Ibnu Abbas r.a,
‘Rasulullah saw. memiliki sebuah wadah celak yang beliau gunakan untuk setiap malam,sebanyak 3 kali (mata kanan) disini dan sebanyak 3 kali (mata kiri )disini’.

Dari Yazid bin Harun r.a,
“Rasulullah saw. memiliki sebuah wadah celak yang beliau gunakan untuk bercelak stiap kali hendak tidur,sebanyak 3 kali di tiap-tiap mata beliau”

Dari Ibnu Umar r.a,
Pesanan Rasulullah “ hendaklah kalian memakai celak dengan batu celak (al-itsmid) kerana hal itu dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan buku mata”

Berpakaian dan warna.
Dari Ummu Salamah r.a,
“Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw. adalah gamis”.

Dari Anas bin Malik r.a,
‘Pakaian yang disukai Rasulullah saw. adalah hibarah”

Dari Abu Juhaifah r.a,
“saya melihat Rasulullah saw. mengenakan pakaian berwarna merah,seakan-akan saya bias melihat kilauan dari betis beliau’ sufyan berkata “pandangan saya,yang dimaksudkan pakaian warna merah itu adalah hibarah”

Dari Abu Ramtsah r.a,
“saya pernah melihat Nabi saw. mengenakan dua helai pakaian berwarna hijau”

Dari Aisyah r.a,
“pada satu pagi Rasulullah saw. keluar dengan mengenaikan pakaian yang diperbuat daripada bulu-bulu berwarna gelap.”

Dari Ibnu Abbas r.a,
Pesanan Rasulullah”Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih.Orang-orang yang masih hidup diantara kalian,hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih.Dan orangh yang telah meninggal dunia hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih.Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian”.

Dari Samurah bin Jundab r.a,
Pesanan Rasulullah “hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih.Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian.Dan hendaklah kalian mengafani orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih”.

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a,
Pesanan Rasulullah ‘Rasulullah saw. memegang urat betisku atau betis beliau lalu berkata “ Inilah batas engkau mengenakan kainmu,jika engkau enggan maka janganlah sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!”

Dari Salamah bin al-akwa r.a,
“Utsam bin Affan biasa mengangkat kainya sehingga setengah betisnya.Ia berkata ‘seperti inilah sahabat karibku iitu Rasulullah saw. mengenakan kainya’.

Dari Al-Asy’atas bin Salim,
“ketika saya berjalan di kota madinah,ada seseorang yang menegurku dari belakang, “angkatlah sarungmu!,sesungguhnya hal itu akan membuat sarungmu lebih bersih dan cantik’.Ternyata orang itu adalah Rasulullah saw.Maka aku berkata “wahai Rasulullah,kain ku hanyalah sehalai kain yang berwarna putih bercampur hitam”. Kemudian Baginda berkata “ tidakkah engkau meneladani diriku?” saya perhatikan beliau dan ternyata hujung kain beliau hingga setengah betis beliau”.

Serban.
Dari Jabir r.a,
“pada peristiwa Fathu Mekkah,Rasulullah saw. masuk ke kota mekah dengan mengenakan serban hitam di kepala beliau”

Dari Amr Bin Harith r.a,
“Rasulullah saw. pernah berkhutbah dihadapan orang-orang dengan mengenakan serban hitam di kepala beliau”.

Dari Ibnu Umar r.a,
‘ketika Rasulullah saw. mengenakan serban beliau menjulurkan serban itu diantara kedua bahu beliau”

Duduk / Baring
Dari Qailah binti Makhramah r.a,
“Qailah melihat Rasulullah saw. di dalam masjid beliau sedang duduk dengan lutut diangkat menghimpit perut”.

Dari Abu Sa’id al-khudri r.a,
“didalam masjid ,Rasulullah saw. duduk memeluk lutu dengan punggung kakinya diikat baju”.

Dari Abdullah bin Zaid r.a,
‘ia (Abdullah) melihat Rasulullah berbaring terlentang di dalam masjid dan meletakan salah satu kaki beliau di atas kaki yang lain”.

Makan dan Makanan disukai Rasulullah.
Dari Ka’b bin Malik r.a,
“selelsai makan,Rasulullah menjilit jari-jari beliau sebanyak 3 kali”.

Dari Anas Bin Malik r.a,
‘’selesai makan ( tiada sisa),Rasulullah saw. menjilati ketiga jari beliau”.
-sunnah yang susah diikuti, makan hanya dengan 3 jari.

Dari Abu Juhaifah r.a,
“Rasulullah tidak makan sambil bersandar”.

Dari Aisyah r.a,
“Keluarga Rasulullah saw. tidak pernah makan memakan roti gandum hingga kenyang selama 2 hari berturut-turut sampai beliau wafat”.

Dari Ibnu Abbas r.a,
“Rasulullah saw. dan keluarganya harus menahan lapar selama beberapa malam berturut-turut kerana tiada makanan.Hanya roti gandum(kosong)”.

Dari Anas bin Malik r.a,
“Rasulullah saw. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pula menggunakan piring kecil.Beliau tidak pernah dijamu roti yang dihaluskan.Saya bertanya kepada Qatadah “lalu di manakah beliau makan?’, Ia (Qatadah) menjawab” di atas sufrah-sufrah”.(kulit atau kain yang dihamparkan).

Dari Masruq bin Al-Ajda r.a,
“satu hari saya mengunjungi Aisyah r.a.Ia kemudian menghidangkan makanan dan berkata “Ketika aku makan hingga kenyang,aku selalu menangis’.Saya (Masruq) bertanya “mengapa engkau menangis” Aisyah r.a berkata “Aku teringat keadaan Rasulullah saw. meninggal dunia,Demi Allah beliau tidak pernah makan roti dan danging hingga kenyang sebanyak 2 kali sehari”. ( maksudnya Rasulullah hanya makan 2 hari sekali sahaja tanpa kenyang).

Dari Aisyah r.a,
“Lauk pauk Rasulullah adalah roti gandum dengan cuka”

Dari Ummu Hani r.a,
“Suatu hari Rasulullah dating pada ku dan bertanya “Apakah engkau memiliki sesuatu?. Aku menjawab ‘tidak ,kecuali roti kering dan cuka”.Maka beliau berkata “berikan pada ku,rumah yang masih ada cuka tidak boleh dikatakan tidak memiliki lauk”

Dari Anas Bin Malik r.a,
“Rasulullah saw. seorang yang menyukai buah labu.Maka setiap kali diajamu makanan atau diundang dalam jamuan makan,saya selalu mengikuti dan menjamukan buah labu dihadapan beliau kerana saya tahu beliau menyukainya”.

“seorang penjahait mengundang Rasulullah saw. dalam jamuan makan yang hidanganya dibuat sendiri.Saya pergi menemani Rasulullah saw. ke undangan itu.Kepada Rasulullah tuan rumah itu menghidang roti dari gandum serta kuah berisi labu dan daging.Saya melihat beliau mencari-cari labu didalam mangkuk,maka sejak itu saya menyukai labu”.

Ibnu Mas’ud r.a,
“Rasulullah saw. sangat suka memakan bahagian kaki (dari daging binatang).Bahagian kaki itu pula yang pernah digunakan untuk meracuni beliau.Tertapi,beliau tahu bahawa orang-orang yahudi yang meracuni makanan itu”.

Ummu Salmah r.a,
“saya menjamukan potongn kambing panggang kepada Rasulullah saw. Beliau makannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk lagi”.

Antara lauk kesukaan Rasulullah adalah, Roti Gandum(kosong) diletak sedikit minyak zaiton dimakan bersama cuka.Buah Kurma , Labu,Tembikai , Timun.Daging dan ayam pada bahagian kaki(peha) bukan kaki(kuku).Rasulullah berwuduk terlebih dahulu sebelum makan.

Dari Salman r.a,
“aku membaca pernyataan berikut didalam kitab taurat,’sesungguhnya berkah makana itu diperolehi dengan berwudhu setelahnya” maka aku bertanya pada Rasulullah saw. dan beliau menjawab “ berkah makanani tu diperolihi dengan berwudhu sebelum dan sesudahnya”.

Kesemua hadis ini diambil dari Riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Daud ,Imam Tarmizi , Imam Ibnu Majah , Imam Ahmad dan Al-Hakim.


Kalau kita tak nak mengikut sunnah sebaik-baiknya berselawatlah apabila melihat orang yang melakukannya sebagai tanda menghormati Rasulullah s.a.w. Janganlah menghina kerana menghina sunnah sama seperti menghina Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment