Tuesday, December 22, 2009

Thursday, December 17, 2009

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan
1 ekor ayam
Sedikit lengkuas
5 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 sm halia
1/2 tin tomato puri

Bahan Kisar
2 camca kecil jintan manis
2 camca kecil jintan putih
Sedikit cili kering



Cara Penyediaan
Ayam dipotong ikut suka dan kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak.
Serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih dikisar hingga halus.
Kemudian campurkan dengan bahan yang sudah dikisar.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Setelah itu masukkan tomato puri, gula, garam dan air asam jawa sambil dikacau hingga rata.
Bila sudah agak garing sedikit masukkan ayam sambil digaulkan hingga rata.
Bila sudah cukup pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Pak Ali bukannya tamak

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

org cannibal

Pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat ke dalam hutan.

Mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli yang makan manusia (kira macam cerita cannibal holocaust ler ni).

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan.
Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.

Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah tempatan dalam masa sejam. “Ah.. nie simple punya keje“ kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, “Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia! Kalau dia boleh bertahan, kita lepaskan“ Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua.

“Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?“ tanya roh pertama.

Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa BUAH DURIAN!!“

Hippo and friend.



NAIROBI (AFP)- Seekor anak badak sumbu yang terselamat daripada gelombang tsunami di pantai Kenya telah membentuk ikatan yang kuat dengan seekor kura-kura gergasi di bandar pelabuhan Mombassa.

Wednesday, December 2, 2009

senjata usahawan internet..

Hai salam sejahtera...Semoga tahun
baru ini memberikan satu perubahan yang lebih
baik daripada tahun lepas. :)

Seperti dalam tajuk di atas, seseorang usahawan
internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang
tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia
yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih
berganti ini.

Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah
alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa
'pertarungan' berlangsung, tetapi sedarkah kita
bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan
serta material ini ?

Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia
bukan menduduki ranking pertama senjata yang
diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.

Terdapat senjata lain yang lebih penting serta
lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah
senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam
diri kita...


Senjata #1 : FOKUS

Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu
ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin
menjana pendapatan di internet ini.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang
tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana
usahawan di dunia ini.

Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan
alam universitinya di Harvard semata-mata ingin
FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft.
Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya di
dunia.

Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar
kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini
juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan
online mahupun offline selama-lamanya.


Senjata #2 : MATLAMAT

Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan
jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.

Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang
kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta
mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.

Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk
menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000
tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama
ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.

Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik
sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak
tercapai langsung. Boleh dapat point saya ? :)


Senjata #3 : SEMANGAT

Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi
pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma
belum berjaya.

Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu
secara positif, kita akan sentiasa memperoleh
semangat baru.

Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa
beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya,
mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan
seperti ini.

Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara
untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari
cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol. :)


Senjata #4 : MINAT

Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang
hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan
antara komponen yang sangat penting kepada
usahawan internet.

Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada
hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B.
Selepas lubuk B kering kontang, kita 'menyelam'
pula ke dalam lubuk duit C.

Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam
satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini
akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat
inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang
diperolehi menerusi minat adalah hasil yang
kekal dan tetap.

Sebagai contoh, jika kita minat melukis,
pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop.
Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita
ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita
menjalankan servis design yang mendatangkan
pulangan RM1k sehari.

Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam
diri setiap usahawan internet. Jika ada minat,
sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri
kembali.


Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu
kita meniti tahun baru 2010 ini...

Oaisis






"JANGAN IKUT CAM TU. TAK DE ADAB!"

Bismillahirahmanirrahim.

‘Sesungguhnya segala puji-pujian bagi Allah SWT tuhan sekian alam.Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, Nabi dan Rasul, serta ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya’

Diceritakan pada satu malam saya dan beberapa orang kawan saya makan di sebuah kedai makan. Kebetulan berhadapan dengan kami tadi terdapat beberapa budak-budak Tabligh sedang makan.Mereka makan cara sunnah.Tak lama kemudian datanglah sebuah keluarga Melayu dan duduk di meja bersebelahan budak-budak Tabligh. Mereka memerhatikan gelagat budak-budak Tabligh tersebut. Kemudian maknya ‘speaking london’ kat anak-anak dia, saya translate le…”Jangan ikut macam tu. Takde adab!” Apa yang dimaksudkan takde adab oleh wanita tersebut ialah budak Tabligh tersebut menjilat jari, mengutip sisa makanan yang jatuh di tepi pinggan (atas meja), menghabiskan makanan kawan lain yang tak habis, melicinkan pinggan sehingga tiada sisa kecuali tulang. Saya dan kawan-kawan terkejut melihat orang Melayu yang berbudayakan barat mengatakan sunnah itu tak ada adab. Alhamdulillah…anak dia baca Bismillah masa nak makan. Teringatkan hal ini maka saya pun nak kongsi sedikit sunnah Rasulullah s.a.w.

Rambut.
Dari Ibnu Malik r.a,
“Panjang rambut Rasulullah saw sampai di telinga beliau”

Dari Aisyah r.a,
‘saya pernah mandi bersama Rasulullah saw. Dari satu wadah (air).Beliau memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai bahagian daun telinga”.

Dari Anas r.a,
“Panjang rambut rasulullah saw. sampai di setengah telinga beliau”

Dari Anas Bin Malik r.a,
“Rasulullah saw. suka memperbanyakan minyak rambut,merapikan janggut,serta mengenakan penutup kepala hingga pakaian beliau menyerupai pakaian penjual minyak”.

Dari Abdullah Ibnu Mughaffal r.a,
“Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan,kecuali hanya sesekali”.

Uban.
Dari Anas Bin Malik r.a,
“saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah saw.”.

Dari Ibnu Umar r.a,
“Uban Rasulullah saw.,lebih kurang dari 20 helai”.

Dari Abu Ramtsah at-taimi r.a,
“”saya mendatangi Nabi bersama anak saya, kemudian saya menunjukan Rasulullah kepada anak saya dan berkata “ inilah Nabi Allah swt.”.Baginda mengenakan dua helai pakaian berwarna hijau .Baginda memiliki rambut yang telah beruban.Uban beliau berwarna merah”.

Dari Ibnu Abbas r.a,
“Abu bakar berkata kepada Rasulullah saw. ‘wahai Rasul ku,anda telah beruban” Baginda bersabda “yang membuatku beruban adalah surah Hud ,Al-Waqi’ah,Al-Mursalat,An-Naba’ dan At-Takwir”

Menginai Rambut.
Dari Abu Hurairah r.a,
Pernah ditanya “Apakah Rasulullah saw. mewarnai/Inai rambutnya? Abu Hurairah mengiyakan.”

Dari Jahzamah al-Khashashiyah r.a,
“saya melihat Rasulullah keluar rumah dan mengeringkan rambut beliau dengan tuala.Saat itu,beliau baru saja mandi.Saya melihat perwarna dari daun inai di rambut beliau”.

Dari Anas Bin Malik r.a,
‘saya melihat rambut Rasulullah saw. di inai”.

Hampir kesemua periwayat hadis mengatakan Rasulullah hanya mewarnai/Inai rambut hanya sekali sahaja.
Bercelak.
Dari Ibnu Abbas r.a,
‘Rasulullah saw. memiliki sebuah wadah celak yang beliau gunakan untuk setiap malam,sebanyak 3 kali (mata kanan) disini dan sebanyak 3 kali (mata kiri )disini’.

Dari Yazid bin Harun r.a,
“Rasulullah saw. memiliki sebuah wadah celak yang beliau gunakan untuk bercelak stiap kali hendak tidur,sebanyak 3 kali di tiap-tiap mata beliau”

Dari Ibnu Umar r.a,
Pesanan Rasulullah “ hendaklah kalian memakai celak dengan batu celak (al-itsmid) kerana hal itu dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan buku mata”

Berpakaian dan warna.
Dari Ummu Salamah r.a,
“Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw. adalah gamis”.

Dari Anas bin Malik r.a,
‘Pakaian yang disukai Rasulullah saw. adalah hibarah”

Dari Abu Juhaifah r.a,
“saya melihat Rasulullah saw. mengenakan pakaian berwarna merah,seakan-akan saya bias melihat kilauan dari betis beliau’ sufyan berkata “pandangan saya,yang dimaksudkan pakaian warna merah itu adalah hibarah”

Dari Abu Ramtsah r.a,
“saya pernah melihat Nabi saw. mengenakan dua helai pakaian berwarna hijau”

Dari Aisyah r.a,
“pada satu pagi Rasulullah saw. keluar dengan mengenaikan pakaian yang diperbuat daripada bulu-bulu berwarna gelap.”

Dari Ibnu Abbas r.a,
Pesanan Rasulullah”Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih.Orang-orang yang masih hidup diantara kalian,hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih.Dan orangh yang telah meninggal dunia hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih.Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian”.

Dari Samurah bin Jundab r.a,
Pesanan Rasulullah “hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih.Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian.Dan hendaklah kalian mengafani orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih”.

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a,
Pesanan Rasulullah ‘Rasulullah saw. memegang urat betisku atau betis beliau lalu berkata “ Inilah batas engkau mengenakan kainmu,jika engkau enggan maka janganlah sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!”

Dari Salamah bin al-akwa r.a,
“Utsam bin Affan biasa mengangkat kainya sehingga setengah betisnya.Ia berkata ‘seperti inilah sahabat karibku iitu Rasulullah saw. mengenakan kainya’.

Dari Al-Asy’atas bin Salim,
“ketika saya berjalan di kota madinah,ada seseorang yang menegurku dari belakang, “angkatlah sarungmu!,sesungguhnya hal itu akan membuat sarungmu lebih bersih dan cantik’.Ternyata orang itu adalah Rasulullah saw.Maka aku berkata “wahai Rasulullah,kain ku hanyalah sehalai kain yang berwarna putih bercampur hitam”. Kemudian Baginda berkata “ tidakkah engkau meneladani diriku?” saya perhatikan beliau dan ternyata hujung kain beliau hingga setengah betis beliau”.

Serban.
Dari Jabir r.a,
“pada peristiwa Fathu Mekkah,Rasulullah saw. masuk ke kota mekah dengan mengenakan serban hitam di kepala beliau”

Dari Amr Bin Harith r.a,
“Rasulullah saw. pernah berkhutbah dihadapan orang-orang dengan mengenakan serban hitam di kepala beliau”.

Dari Ibnu Umar r.a,
‘ketika Rasulullah saw. mengenakan serban beliau menjulurkan serban itu diantara kedua bahu beliau”

Duduk / Baring
Dari Qailah binti Makhramah r.a,
“Qailah melihat Rasulullah saw. di dalam masjid beliau sedang duduk dengan lutut diangkat menghimpit perut”.

Dari Abu Sa’id al-khudri r.a,
“didalam masjid ,Rasulullah saw. duduk memeluk lutu dengan punggung kakinya diikat baju”.

Dari Abdullah bin Zaid r.a,
‘ia (Abdullah) melihat Rasulullah berbaring terlentang di dalam masjid dan meletakan salah satu kaki beliau di atas kaki yang lain”.

Makan dan Makanan disukai Rasulullah.
Dari Ka’b bin Malik r.a,
“selelsai makan,Rasulullah menjilit jari-jari beliau sebanyak 3 kali”.

Dari Anas Bin Malik r.a,
‘’selesai makan ( tiada sisa),Rasulullah saw. menjilati ketiga jari beliau”.
-sunnah yang susah diikuti, makan hanya dengan 3 jari.

Dari Abu Juhaifah r.a,
“Rasulullah tidak makan sambil bersandar”.

Dari Aisyah r.a,
“Keluarga Rasulullah saw. tidak pernah makan memakan roti gandum hingga kenyang selama 2 hari berturut-turut sampai beliau wafat”.

Dari Ibnu Abbas r.a,
“Rasulullah saw. dan keluarganya harus menahan lapar selama beberapa malam berturut-turut kerana tiada makanan.Hanya roti gandum(kosong)”.

Dari Anas bin Malik r.a,
“Rasulullah saw. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pula menggunakan piring kecil.Beliau tidak pernah dijamu roti yang dihaluskan.Saya bertanya kepada Qatadah “lalu di manakah beliau makan?’, Ia (Qatadah) menjawab” di atas sufrah-sufrah”.(kulit atau kain yang dihamparkan).

Dari Masruq bin Al-Ajda r.a,
“satu hari saya mengunjungi Aisyah r.a.Ia kemudian menghidangkan makanan dan berkata “Ketika aku makan hingga kenyang,aku selalu menangis’.Saya (Masruq) bertanya “mengapa engkau menangis” Aisyah r.a berkata “Aku teringat keadaan Rasulullah saw. meninggal dunia,Demi Allah beliau tidak pernah makan roti dan danging hingga kenyang sebanyak 2 kali sehari”. ( maksudnya Rasulullah hanya makan 2 hari sekali sahaja tanpa kenyang).

Dari Aisyah r.a,
“Lauk pauk Rasulullah adalah roti gandum dengan cuka”

Dari Ummu Hani r.a,
“Suatu hari Rasulullah dating pada ku dan bertanya “Apakah engkau memiliki sesuatu?. Aku menjawab ‘tidak ,kecuali roti kering dan cuka”.Maka beliau berkata “berikan pada ku,rumah yang masih ada cuka tidak boleh dikatakan tidak memiliki lauk”

Dari Anas Bin Malik r.a,
“Rasulullah saw. seorang yang menyukai buah labu.Maka setiap kali diajamu makanan atau diundang dalam jamuan makan,saya selalu mengikuti dan menjamukan buah labu dihadapan beliau kerana saya tahu beliau menyukainya”.

“seorang penjahait mengundang Rasulullah saw. dalam jamuan makan yang hidanganya dibuat sendiri.Saya pergi menemani Rasulullah saw. ke undangan itu.Kepada Rasulullah tuan rumah itu menghidang roti dari gandum serta kuah berisi labu dan daging.Saya melihat beliau mencari-cari labu didalam mangkuk,maka sejak itu saya menyukai labu”.

Ibnu Mas’ud r.a,
“Rasulullah saw. sangat suka memakan bahagian kaki (dari daging binatang).Bahagian kaki itu pula yang pernah digunakan untuk meracuni beliau.Tertapi,beliau tahu bahawa orang-orang yahudi yang meracuni makanan itu”.

Ummu Salmah r.a,
“saya menjamukan potongn kambing panggang kepada Rasulullah saw. Beliau makannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk lagi”.

Antara lauk kesukaan Rasulullah adalah, Roti Gandum(kosong) diletak sedikit minyak zaiton dimakan bersama cuka.Buah Kurma , Labu,Tembikai , Timun.Daging dan ayam pada bahagian kaki(peha) bukan kaki(kuku).Rasulullah berwuduk terlebih dahulu sebelum makan.

Dari Salman r.a,
“aku membaca pernyataan berikut didalam kitab taurat,’sesungguhnya berkah makana itu diperolehi dengan berwudhu setelahnya” maka aku bertanya pada Rasulullah saw. dan beliau menjawab “ berkah makanani tu diperolihi dengan berwudhu sebelum dan sesudahnya”.

Kesemua hadis ini diambil dari Riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Daud ,Imam Tarmizi , Imam Ibnu Majah , Imam Ahmad dan Al-Hakim.


Kalau kita tak nak mengikut sunnah sebaik-baiknya berselawatlah apabila melihat orang yang melakukannya sebagai tanda menghormati Rasulullah s.a.w. Janganlah menghina kerana menghina sunnah sama seperti menghina Rasulullah s.a.w.

Wahai Wanita

Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.

Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.

Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)

Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisaa'.

Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.

Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.

Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah r.a.

Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.

Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?

Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.

Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."

Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Wallahua'lam.



"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."